Latest Blogs

Tabung Haji & 1MDB on the same side

The site of the Tun Razak Exchange is prime and thus much sought-after land.

The site of the Tun Razak Exchange is prime and thus much sought-after land.

Syndicated News
Written by Syndicated News

Rocky’s Bru

Tabung Haji and 1MDB: Two players on the same side

Keeping TRX land.  I have quoted the guys at The Benchmark before, so I have to say that those guys, though anonymous, can be credible sometimes. Which is uncommon as far as anonymous bloggers are these days. In the case of their latest scoop re the purchase of TRX land by Tabung Haji, however, I think a better analysis would have helped give the right perspective to the whole issue.
I would suggest my Dear Readers check out news portal The Malaysian Digest for this: Tanah 1MDB dibeli Tabung Haji lebih murah dari MRCB. [see below; wonder if there’s an English translation].
I haven’t had the chance to look at the details of the transaction or speak to the management of Tabung Haji, but I’d imagine the deal between the two corporate players would be a win-win one. 1MDB could have sold to Ananda Krishnan or Francis Yeoh, or the (mainland) Chinese, for twice or three times the value, easily. But that means losing yet another Bumiputera-held prime land in KL. And with such prime property, you cant go wrong even in the worst of economic times.
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan telah membeli sebidang tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) milik syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM188.5 juta iaitu pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.
Menurut Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah, pembelian plot tanah tersebut adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
“Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.
“Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Malaysian Digest melaporkan satu dakwaan yang tersebar di beberapa blog menyatakan TH telah membeli satu plot tanah di TRX pada pertimbangan RM2,860 sekaki persegi dengan peruntukan keseluruhan RM194 juta untuk dibangunkan sebuah pangsapuri khidmat setinggi 40 tingkat.
Sementara itu, satu plot lagi akan dibeli pada pertimbangan RM3,900 sekaki persegi membabitkan pertimbangan RM578 juta yang akan dibangunkan dengan sebuah menara 74 tingkat dikenali ‘Signature Tower’.
Bagaimanapun, Johan dalam kenyataan sama menafikan dakwaan bahawa TH membeli Signature Tower (Fasa 2) seperti yang dilaporkan beberapa blog.
Dalam perkembangan sama, beberapa blog turut mempersoalkan pembelian tanah 1MDB oleh TH yang dikatakan dibayar dengan kadar berlipat kali ganda daripada harga tanah asal yang dibeli oleh 1MDB sebelum ini.
Berdasarkan rekod, harga tanah di sekitar kawasan berkenaan releven dengan nilaian yang dibeli TH.
Merujuk laporan The Star bertarikh 7 April menyatakan bahawa syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) juga membeli sebidang tanah milik Kedutaan Jerman di Jalan Kia Peng (berdekatan TRX) dengan harga lebih tinggi iaitu RM259.16 juta atau pada kadar harga RM3,188 sekaki persegi.
Jika dibuat perbandingan, ia jelas menunjukkan harga tanah yang dibeli TH adalah lebih murah berbanding MRCB.
Sementara itu, menurut sumber pasaran hartanah, pemaju hartanah komersial, Kumpulan Mulia dari Indonesia juga sedang berbincang mengenai pembelian tanah 1MDB bagi membangunkan Signature Tower.

Comments

comments

About the author

Syndicated News

Syndicated News

News sourced from Bernama, Reuters, AFP and other accredited news agencies, including credible blogsites and news portals.